Menteri Besar Pahang Dato’ Sri Diraja Adnan Yaakob berkata
media arus perdana terancam dengan kewujudan media social yang lebih digemari
masyarakat kerana mengandungi cerita-cerita sensasi.
“Selain mengadakan Majlis Anugerah Media, elok adakan “brain
storming”. Pengamal media pergi “retreat” . Kita kena bincang, kalau tidak
berada di takok lama, cuba cari jalan mengenengahkan lagi akhbar kita, cuba
cari jalan bagaimana kita baiki hubungan
dan saya harap bila kita laporkan
biarlah tepat biarlah betul.”
“Jadi kita cari jalan bagaimana bangkit semula dalam keadaan
media ini, untuk melawan fitnah mereka
yang tidak bertanggongjawab dalam media sosial. Ini
cabaran yang di hadapi oleh media perdana,” kata Menteri Besar di Majlis
Anugerah Media Pahang 2017.
Wartawan veteran Dato’ Alang Ahmad turut diberi penghormatan
di majlis ini. Dato’ Alang merupakan
wartawan Utusan Melayu yang menengahkan Pahlawan Mat Kilau pada tahun 1969.
0 comments:
Post a Comment