Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, December 26, 2017

[KARAK] PROMOSI RM28, MAKAN DURIAN DALAM DUSUN


Promosi RM28, makan durian dalam dusun


Seorang pemilik dusun durian menganjurkan program makan durian bagi memberi peluang kepada peminat durian menikmati sepuas-sepuasnya raja buah itu dengan harga berpatutan.

Pemiliknya, Mohd Khuzairi Bidin, program berkenaan membolehkan pengunjung bukan sahaja dapat menikmati pelbagai jenis durian tetapi juga merasai pengalaman mengutip durian segar di dalam dusunnya di Batu 19 Jalan Telemong, Karak di sini. 

“Saya menyedari faktor harga durian yang agak tinggi pada kali ini menjadi penghalang kepada peminat raja buah untuk menikmati keenakan durian sepuas-puasnya.

“Jadi bagi berkongsi kemeriahan musim durian saya membuat keputusan mengadakan program ini untuk memberi peluang kepada masyarakat menikmati buah durian di dalam dusun,” katanya ketika ditemui di gerai jualannya di Dataran Karak di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, program diadakan pada 30 Disember ini hanya dikenakan bayaran RM28 setiap pengunjung untuk menikmati durian secara terus dari dusun seluas 4 hektar yang mempunyai kira-kira 180 batang pokok.

“Pengunjung boleh memilih untuk makan durian yang telah dikumpulkan atau pun mengutip sendiri pelbagai jenis durian seperti D24 dan durian kampung di dusun saya.

“Pengunjung juga boleh membeli buah durian untuk dibawa pulang dengan harga jualan borong di dusun. Setakat ini seramai 300 peminat durian dari seluruh negara sudah mendaftar dan kita terus mendapat permintaan yang banyak dari masyarakat,” katanya.

Mohd Khuzairi berkata, dia bercadang untuk menganjurkan makan durian di gerainya dengan harga yang berpatutan selepas program makan durian di dusun berkenaan.


0 comments:

share2