Seramai 200 murid daripada keluarga kurang berkemampuan di Bentong, Pahang semalam menerima bantuan kelengkapan sekolah menerusi program ‘Back To School’ anjuran Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Naib Presiden (Grid) TNB Datuk Ho Peng Choong berkata program melibatkan pelajar berusia antara tujuh dan 12 tahun dari beberapa sekolah rendah itu bertujuan meringankan beban keluarga dalam menyediakan persiapan persekolahan.
“TNB amat memahami kekangan kewangan yang dihadapi keluarga berkenaan terutama yang mempunyai ramai anak," katanya pada majlis penyampaian bantuan itu.
Sejak diperkenalkan pada 2013, Ho berkata 12,000 pelajar dari 800 sekolah mendapat manfaat melalui program tanggungjawab sosial korporat TNB itu.
Majlis penyampaian itu disempurnakan Menteri Pengangkutan merangkap Anggota Parlimen Bentong Dato' Sri Liow Tiong Lai.
Setiap murid menerima set kelengkapan sekolah seperti uniform, beg, stokin, kasut dan alat tulis yang bernilai RM200 setiap seorang.
Nornimilawati Bahrain, 31, yang merupakan salah seorang ibu murid yang menerima sumbangan, berkata bantuan tersebut banyak membantu beliau sekeluarga.
“Saya mempunyai dua anak yang bersekolah, memang kebiasaannya saya belanja beratus-ratus ringgit seorang tetapi pada kali ini saya dapat simpan untuk kegunaan penting yang lain,” katanya.
0 comments:
Post a Comment