Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, November 13, 2017

BUKTI WUJUD KRISIS DALAM DAP


MAHDZIR KHALID


Putrajaya - Kemerosotan kehadiran perwakilan ke pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP semalam membuktikan berlaku krisis ketidakpercayaan dalam parti tersebut ketika ini.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kehadiran hanya 1,356 atau 53.94 peratus perwakilan pada pemilihan semula CEC parti itu juga memberi isyarat jelas kepimpinan DAP tidak mendapat sokongan.


“Perkara ini berkemungkinan mereka tidak percaya sesama sendiri. Bayangkan dari lebih 2,000, yang hadir dalam 1,000 sahaja. Saya ingat ahli sendiri pun tidak percaya dengan kepimpinan.


“Adakah ini satu krisis ketidakpercayaan? Ya. Saya ingat begitulah,” katanya kepada pemberita selepas 


Beliau mengulas tentang kemerosotan kehadiran perwakilan iaitu 1,356 atau 53.94 peratus berbanding 2,514 orang perwakilan DAP yang layak mengundi dalam pemilihan semula CEC parti itu yang berlangsung di Pusat Konvensyen Ideal Shah Alam (IDCC), Selangor.


Jumlah tersebut diumumkan oleh wakil firma perunding Grant Thornton yang turut memaklumkan kemerosotan kehadiran yang tinggi berbanding 1,725 perwakilan yang mengundi dalam pemilihan CEC DAP pada 2013.


Perwakilan yang layak mengundi dalam CEC kali ini juga berkurangan daripada 2,576 kepada 2,514 berikutan seramai 62 perwakilan tidak layak mengundi kerana keluar parti, meninggal dunia atau diisytiharkan muflis.


Menurut pengumuman itu, calon yang bertanding dalam pemilihan semula CEC pada tahun ini turut menurun daripada 68 calon kepada 62 calon.


0 comments:

share2