Ibu dalam pantang positif dadah antara yang ditahan dalam Operasi Perdana Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) yang dilaksanakan melibatkan tiga Daerah iaitu Maran, Bera dan Rompin baru-baru ini.
Ketua Pegawai Aadk Maran Adelina Abdul berkata, seramai 129 telah ditahan sepanjang operasi dijalankan dan ujian saringan awal air kencing mendapati seramai 115 orang yang mana 81 orang daripadanya tangkapan Maran selebihnya masing-masing daripada Bera dan Rompin didapati positif pelbagai jenis dadah.
"Kawasan yang diberikan tumpuan adalah kawasan Felda di Daerah Maran dengan jumlah tangkapan seramai 81. Seramai 71 orang positif ujian saringan awal air kencing. Lima orang adalah perempuan termasuklah seorang ibu muda yang baru sebulan melahirkan anak dan masih dalam tempoh berpantang. Wanita tersebut positif dua dadah iaitu Methafetamine," katanya.
Operasi yang diketuai Pemangku Pengarah AADK Pahang merangkap Penolong Pengarah Penguatkuasaan Dan Keselamatan AADK Negeri Pahang, Tuan Rizal Sea'at Operasi itu melibatkan 30 orang anggota AADK Pahang dan turut dibantu oleh AADK Ibu Pejabat AADK Daerah Maran telah diberi tanggungjawab sebagai tuan rumah untuk operasi pada kali ini.
Kesemua yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan Dan Pemulihan) 1983 (Pindaan 1998).
0 comments:
Post a Comment