Lima Jabatan Kerajaan di UTC Kuantan menyediakan laluan khas
untuk wanita di kaunter masing masing mulai
20 Oktober tahun ini.
Exco Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan
Multimedia Negeri Pahang, Dato’ Shahaniza Shamsuddin yang merasmikannya hari
ini berkata kaunter khas untuk wanita di sediakan di Jabatan Pengangkutan Jalan
(JPJ), Jabatan lmigresen, Jabatan Pendaftaran
Negara (JPN), Lembaga Tabung Haji. Dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
“Kaum wanita, apabila beratur di kaunter khas wanita dan
diberikan perkhidmatan oleh pegawai wanita akan lebih mudah menjaga kehormatan mereka. Kita harap ia akan
dicontohi oleh semua jawatan lain termasuk swasta dan bank bermula hari ini,”
kata beliau.
Bercakap dalam sidang media sempena Program Pra Sambutan
Hari Wanita Negeri Pahang 2017 di UTC Kuantan, Dato’ Shahaniza berkata Sambutan
Hari Wanita tahun ini akan diadakan pada 26 Oktober di Majlis Daerah Rompin.
Dalam pada itu, Dato’ Shahaniza mengingatkan bahawa pada
bulan Oktober sehingga Disember setiap tahun
merupakan kempen bulan "Hentikan Keganasan Terhadap
Wanita" . Kempen ini dilaksanakan bagi menghentikan sebarang bentuk keganasan
terhadap wanita.
lsu keganasan terhadap wanita
sememangnya berlaku di
seluruh dunia melangkaui batas
agama, bangsa dan budaya. Sesungguhnya program ini merupakan
salah satu langkah
proaktif untuk memberikan
kesedaran dan mendapatkan sokongan masyarakat terhadap kempen yang dijalankan.
0 comments:
Post a Comment