KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kuala Krai, Ustaz Abdul Latiff
Abdul Rahman berkata, program Matrikulasi memang diperkenal khusus untuk
pelajar Bumiputera ekoran masalah ketidakseimbangan kaum di institut-institut
pengajian tinggi.
“Objektif asal program Matrikulasi adalah untuk membangunkan
potensi pelajar Bumiputera dalam bidang sains, teknologi dan profesional
melalui pendidikan pra-universiti berkualiti bagi melahirkan modal insan
cemerlang.”
“Pada Jun 2002, kerajaan telah memperuntukkan 10 peratus
kuota kepada pelajar bukan Bumiputera di mana ia bermula pada sesi kemasukan
2003. Manakala baru-baru ini sekali lagi kerajaan menambah kemasukan ke
Matrikulasi menjadikan pelajar bukan Bumiputera juga bertambah,” ujarnya.
Sehubungan itu, beliau menyokong penuh ketegasan Menteri
Pendidikan, Dr Maszlee Malik mempertahankan kuota Bumiputera untuk program
Matrikulasi dan menyifatkan tindakan tersebut berada pada landasan yang betul.
Malah, Abdul Latiff
turut bersetuju dengan pertikaian Maszlee terhadap syarat fasih berbahasa
Mandarin yang ditetapkan segelintir majikan untuk mendapatkan pekerjaan di mana
kes itu secara tidak langsung menafikan kelayakan Bumiputera.
Bahkan bidasnya, ia
adalah contoh sikap rasis yang telah lama diamalkan pihak tertentu dalam negara
di mana menjadi amalan sangat tidak seimbang dalam masyarakat, tetapi didiamkan
pula disebalik tuntutan atas nama keadilan kononnya.
0 comments:
Post a Comment