Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, October 26, 2017

GAUM TUNTUT TUN M MOHON MAAF TERBUKA KEPADA PM




Kuala Lumpur - Gerakan Akar Umbi UMNO Malaysia (GAUM) hari ini tampil mendesak Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Mahathir Mohamad memohon maaf secara terbuka kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak atas kenyataan fitnah mendakwa bekas CEO MAS, Peter Bellew meletakkan jawatan kerana campur tangan daripada kerajaan.

Menurut Pengerusinya, Datuk Zulkarnain Mahdar, mantan Perdana Menteri itu diberikan tempoh selama seminggu untuk membuat pernohonan maaf tersebut sebelum laporan polis fitnah dibuat ke atas beliau.

“Tun Mahathir seharusnya menunjukkan contoh yang lebih baik kepada generasi muda yang menceburi bidang politik ketika ini dan bukan sebaliknya. Terpulang samada generasi muda tersebut cenderung untuk memilih kerajaan ataupun sebaliknya, namun sebagai pemimpin contoh dan teladan serta nilai murni yang baik ketika berpolitik harus sentiasa dikehadapankan.

“Apabila pemimpin politik dilihat kerap berbohong dan membudayakan pula politik maki hamun, tidak dapat digambarkan bagaimana pula masa depan generasi muda yang akan datang dan bakal mewarisi kepimpinan negara,” katanya menerusi satu kenyataan di sini semalam.

Tambah Zulkarnain, janganlah hanya kerana dendam dan semangat mahu menjatuhkan kepimpinan Perdana Menteri sehingga semua perkara yang dilakukan cuba untuk dihalalkan, malah sanggup memutar belit fakta bagi tujuan cuba mengaburi mata rakyat.

Jelasnya, sudah sukuplah saf pimpinan pembangkang mempunyai pemimpin seperti Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli yang dilihat kerap berbohong hinggakan Tun Mahathir pula dilihat seakan cuba mencontohi cara Rafizi berpolitik.

Untuk rekod, Peter Bellew, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Bhd, dalam sidang media pada Ahad lepas menafikan tuduhan yang dibuat oleh bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa campur tangan telah membawa kepada peletakan jawatannya.

Bellew turut menegaskan Najib tidak pernah campur tangan dalam apa jua cara, sebaliknya, perdana menteri memberi galakan kepada beliau dalam setiap tindakannya.


0 comments:

share2