Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, October 27, 2017

BAJET ALTERNATIF PEMBANGKANG SEBUAH BAJET PANCING UNDI - ANNUAR




Kuala Lumpur - Bajet Alternatif 2018 yang dikemukakan Pakatan Harapan diketuai DAP merupakan sebuah bajet pancing undi tanpa memikirkan sebarang rasa tanggungjawab, tegas Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa.

Jelas beliau, bajet tersebut mengambarkan pembangkang sedar mereka tidak mampu menang pilihan raya umum, justeru sanggup menjanjikan apa sahaja termasuk ‘bulan dan bintang’.

"Meneliti kandungan bajet alternatif seluruh rakyat dapat membuat kesimpulan bahawa ini bajet pancing undi tanpa memikirkan sebarang rasa tanggungjawab.

“Seolah olah ph awal-awal mengetahui mereka tidak perlu risau kerana mereka mustahil untuk menang dan memerintah di mana mereka perlu menunaikan janji. jadi pendekatannya "janjikan saja bulan dan bintang",” ujarnya menerusi satu kenyataan di sini semalam.

Tambah Annuar, ia ekoran daripada kegagalan PH dalam meraih sokongan dan sambutan rakyat di perhimpunan kleptokrasi di Padang Timur Petaling Jaya, pada 14 haribulan yang lalu serta kegagalan Konvensyen PAN di Alor Star baru-baru ini.

Malah, ia ditambah pula dengan pergolakan dalaman parti-parti dalam PH itu sendiri yang menyebabkan rakyat, terutama golongan cerdik pandai dan anak muda tidak meyakini bahawa PH adalah satu alternatif yang lebih baik.

“Malah ia semakin menunjukkan PH sebagai kelompok putus harapan yang sedang menyusuli agenda peribadi dengan percubaan menggunakan satu sama lain tetapi terikat dengan tali hayat ehsan DAP di bawah “Dap-Led Opposition”.

“Apa yang “glaring” dalam belanjawan ini ialah ia merupakan formula mustajab bagaimana negara yang sedang berkembang seperti diungkapkan oleh bank dunia sebagai “...the malaysian economy is progressing from a position of strength”, kepada negara “...progressing from a position of no hope (PH/Putus Harapan”),” ujarnya lagi.

Selain itu, jelas Annuar, janji untuk memberikan pendidikan percuma juga akan menyebabkan negara menanggung kos tambahan melebihi RM60 bilion setahun, selain dari menghapuskan sistem Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan kembali kepada SST akan menyebabkan rakyat kehilangan RM25 bilion, apatah lagi menaikkan gaji minimum menambah bebanan sebanyak RM43 billion.

“Tiga perkara itu saja mengakibatkan rakyat menanggung kos sebanyak kira kira RM130b atau RM1.3 trillion dalam masa 10 tahun.. cukup untuk membawa negara bukan saja bankrap tapi juga terhutang dan ekonomi negara hancur.

“PH cuba mengaburi mata rakyat kononnya ini boleh ditampung dari penghapusan rasuah yangg akan menjimatkan mereka RM20b. Apa asasnya angka ini?...dan ia dijanjikan oleh pimpinan yang telah dan sedang bergelumang dgn masalah rasuah di mahkamah, negeri kecil yang ditadbir sedang dilanda banjir dan bukit runtuh berpunca daripada rasuah, pentadbiran yang dituduh sesama mereka sendiri yang rasuah (termasuk rasuah seks), dan mereka dipimpin yang di akui mereka sendiri sebagai penyangak, perompak kekayaan negara melalui amalan KKN (korupsi,kolusi dan nepotisme). Kleptokrat terbesar,” tegas beliau.


0 comments:

share2