Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, September 9, 2017

PERJANJIAN 63 TIDAK WAJAR DIPOLITIKKAN - GAUM




Kuala Lumpur - Isu Perjanjian Malaysia 63 di antara Sabah dan Sarawak tidak sepatutnya dipersoalkan oleh mana-mana pihak memandangkan perjanjian ini adalah sah dari sudut perundangan, ujar Pengerusi Gerakan Akar Umbi Umno Malaysia (GAUM), Datuk Zulkarnain Mahdar.

Menurut beliau, sekiranya ada pihak yang cuba mempertikaikannya sebaiknya jalan terbaik adalah membawa ia ke mahkamah sebagai bentuk jalan penyelesaian.

“Perjanjian ini yang turut melibatkan 20 perkara juga termasuk keistimewaan kuasa imigresen tidak sepatutnya cuba dipolemikkan. 

“Jelas kelihatan isunya sekarang ini wujud individu tertentu yang cuba mengangkat diri mereka kononnya sebagai pejuang bagi pihak rakyat Sabah tetapi mereka sebenarnya cuba mengaburi mata rakyat Sabah demi meraih kepentingan politik untuk diri mereka sendiri,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah Zulkarnain, paling ketara kelihatan ketika ini adalah pemimpin seperti Datuk Seri Shafie Apdal, yang dilihat sering cuba menjadi juara dalam perjanjian Malaysia 63 dan pimpinan Parti Warisan lainnya. 

Walhal katanya, sepanjang Shafie berada di Kuala Lumpur memegang jawatan Setiausaha Parlimen bermula dari tahun 1999 sehingga 2015 dan menjadi Menteri Persekutuan, tidak pernah kedengaran suara lantang Shafie memperikaikan perjanjian tersebut. 

Malahan tegas beliau, sebelum ini tidak pernah wujud sama sekali seminar, forum ataupun program bersama rakyat mengelilingi Sabah bagi mempertikaikan perjanjian 63 tersebut oleh Shafie. 

“Untuk membandingkan Shafie dengan wakil UMNO dan Barisan Nasional (BN) iaitu Datuk Seri Anifah Aman jelas perbezaan antara mereka amat jauh ketara apabila Anifah dilihat sering menganjurkan forum bersama rakyat Sabah bagi membincangkan perjanjian 63 tersebut secara terbuka malahan memorandum terus kepada Perdana Menteri untuk melihat semula perjanjian tersebut telah berjaya diberikan bagi pihak seluruh rakyat Sabah.

“Adalah amat menghairankan perjanjian 63 ini telah cuba dijadikan modal politik untuk mereka ketika ini, walhal hakikatnya Shafie telah cuba membuatkan rakyat Sabah lupa akan kegagalan Shafie membantu rakyat Sabah semasa beliau masih lagi memegang jawatan Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, KKLW. 

“Lupakah Shafie sepanjang Shafie menjadi Menteri KKLW yang dipertanggungjawabkan menyelesaikan masalah kemudahan infrastruktur rakyat khususnya di luar bandar gagal dimanfaatkan sepenuhnya oleh Shafie,” katanya. 

Hakikatnya ujar beliau, Shafie dan pimpinan Parti Warisan mungkin berharap isu kelemahan Shafie boleh dialihkan dengan membawa isu perjanjian 63 ini.

Namun katanya rakyat akan pasti menjatuhkan hukuman ke atas Shafie dan Parti Warisan Sabah pada pru 14 kelak.


0 comments:

share2