Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, September 1, 2017

[KUANTAN] MESEJ WORLD #QURANHOUR JELAS, BERMAKNA


Mesej World #QuranHoun jelas, bermakna


Surah Yassin merupakan antara surah pendek dan diketahui khususnya umat Islam seantero dunia, hari ini telah dipilih untuk dibaca, difahami dan diamalkan bersempena World #QuranHour peringkat negeri, di sini, pagi tadi.

Ayat yang terkandung di dalam surah berkenaan perlu difahami sebaiknya untuk dijadikan panduan agar terus melaksanakan dan mematuhi segala perintah ditetapkan ALLAH SWT.

Demikian kata penceramah juga mudir Pusat Tahfiz al Mustafa, Beserah, Uwais Al Qarni Abdul Wahab di Program World #QuranHour di Masjid Kolej Universiti Islam Sultan Ahmad Shah (Kuipsas).

Menurutnya, pemilihan surah berkenaan kerana penuh dengan nilai dakwah dan bersesuaian dengan program yang turut diadakan bersempena dengan hari wukuf di Arafah, semalam.

"Berdasarkan surah Yassin itu, Allah SWT telah menjelaskan pelbagai perkara yang boleh dilakukan dan dijauhkan.

"Sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW, barang siapa yang membaca surah Yassin maka dengan izin ALLAH SWT segala dosanya pada malam itu akan diampunkan.

"Salain itu, disebutkan juga barang siapa yang membaca surah Yassin, ganjarannya juga seolah-olah telah membaca seluruh Kitab al-Quran," katanya.

Seramai 200 orang yang hadir terdiri daripada pelajar Diploma Media Dakwah dan sebahagian pensyarah Kuipsas dan penduduk sekitar, bersama-sama membaca Surah Yassin serta menghayati terjemahannya secara jelas.

Turut hadir Timbalan Rektor Kuipsas, Dr. Sarafuddin Aisa Osman.

Sementara itu, Sekretariat Rumah Ngaji Pahang, Mohd Rozamli Mohd Razak berkata, melalui program bertalaqqi dan bertadabbur sempena World #QuranHour umat Islam akan lebih dekat dengan Al-Quran sekali gus Penciptanya.


0 comments:

share2