Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, September 5, 2017

KILANG HARAM: SIKAP KERAJAAN NEGERI TIMBUL KESANGSIAN





Pulau Pinang – Sikap membisu Kerajaan DAP Pulau Pinang berhubung desakan pelbagai pihak yang mahu mereka mendedahkan dokumen berkaitan kilang haram di Sungai Lembu, Penanti di sini seolah-olah mencerminkan corak kepimpinan yang boleh disangsikan.

Naib Pengerusi Gerakan negeri, Oh Tong Keong berkata, sehingga kini, kerajaan negeri belum mendedahkan surat daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) yang mengarahkan kilang itu ditutup sedangkan mereka sebelum ini berani mengemukakan surat daripada jabatan sama mengatakan premis berkenaan bebas pencemaran.

Katanya, beliau mengesyaki kerajaan negeri menyembunyikan sesuatu berhubung operasi kilang itu walaupun beberapa kali dibangkitkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti, Dr. Norlela Ariffin sejak beberapa tahun lalu.

“Hampir 180 orang kampung sudah menghantar petisyen bantahan kepada Pejabat Ketua Menteri pada 25 September tahun lalu.

“Surat itu disahkan diterima tetapi tiada sebarang tindakan lanjut. Adakah kerajaan negeri membelakangkan suara rakyat,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Sebelum ini, Koordinator Gerakan Padang Kota, H’ng Khoon Leng mendesak kerajaan negeri mengemukakan surat arahan penutupan kilang daripada JAS dan membuktikan dakwaan terdapat pekerja cedera selepas terjatuh dalam relau kilang terbabit.


0 comments:

share2