Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, August 7, 2017

'TAK ADIL TOHMAH, CERCA ANAK-ANAK AKU'


'Tak adil tohmah, cerca anak-anak aku'


Shah Alam - Bapa mana yang suka melihat anak-anak dicaci, dicerca oleh orang ramai sedangkan kejayaan yang dicapai merupakan hasil penat lelah mereka sendiri.

Berikutan tidak tahan dengan tohmahan orang ramai apabila artikel kejayaan anaknya mendapat liputan meluas, Ali Zaik Ibrahim yang merupakan bapa kepada Datuk Ali Akmaluddin dan pasangannya,Datuk Nur Syamimi Shamsuddin tampil memperjelaskan keadaan.

"Berkahwin di usia muda bukanlah mudah apatah lagi bekerja sambil belajar. Ditambah lagi dengan masalah kewangan yang dihadapi olehku memburukkan keadaan, namun adanya anak-anak membuat pelbagai perniagaan online untuk menampung kehidupan ketika itu.

"Masih aku ingat keadaan anak lelakiku ketika itu yang semakin menyusut badannya, isterinya juga turut berkejar kesana sini malah dalam juga dalam keadaan berbadan dua.

"Dan aku hanya memerhati dari jauh, namun disudut hati aku menangis melihat mereka berdua mengorbankan keseronokan rema demi mahu berjaya," luahnya menerusi laman Facebook miliknya.

Terdahulu, sebuah artikel mengenai seorang tauke balak yang viral mendapat komen-komen negatif orang ramai.

Artikel mengenai pemilik nama dan suaminya yang berjaya di usia muda membuatkan netizen mempersoalkan kejayaan mereka itu.

Tambahnya lagi, berkat usaha dan rezeki yang diberikan ALLAH SWT, kehidupan mereka sekeluarga berubah.

"Daripada terpaksa berkongsi RM50 yang dibahagi dua, memakai kereta biasa-biasa, kini perniagaan mereka berkembang hingga ke luar negara.

Dari modal dan pengalaman inilah mereka mengembangkan dan melebarkan rangkaian perniagaan hingga menceburi bidang perniagaan kayu balak bahkan memiliki kilang memotong kayu balak sendiri," katanya lagi.

Justeru itu, Ali Zaik menegaskan bahawa segala tohmahan dan cercaan kepada anak-anaknya tidak adil.

"Pada usia 18 tahun anak-anak aku memerah keringat bekerja, belajar, menjadi ibu bapa hingga terpaksa meninggalkan zaman remaja sedang orang lain seusia mereka sedang seronok bersuka ria.

"Kamu di luar sana boleh berkata dan menulis apa saja diruangan komen, kami anak-beranak tidak akan berkecil hati kerana kami tahu apa yang kami lakukan," katanya.


0 comments:

share2