Seorang lelaki yang cuba merogol seorang wanita ketakutan selepas dimaklumkan oleh wanita tersebut bahawa dia menghidap HIV. Sebaik sahaja Suleiman Abdirizak, 42, mendengarnya, dia terus membasuh kemaluannya dengan air dalam botol.
Suleiman juga, yang merupakan pemandu Uber, menjadi terlalu susah hati hinggakan mangsanya terpaksa menenangkannya dan memaklumkan bahawa dia tidak akan dijangkiti virus berkenaan.
Perkara itu didedahkan mangsa dalam perbicaraan ke atas Suleiman di mahkamah.
Lelaki itu didakwa merogol wanita terbabit ketika memandunya pulang ke rumahnya di London. Ketika itu mangsa berasa tidak sihat selepas minum sebotol wain.
Dia kemudiannya menggunakan Uber dan Suleiman telah mengambilnya tetapi membawa mangsa melalui jalan mati dan kemudian menghentikan kenderaannya ketika wanita itu tertidur dalam kereta.
Ketika Suleiman memasukkan alat sulitnya ke dalam mulut wanita itu, mangsa yang ketakutan telah berbohong bahawa dia menghidap HIV.
Sepatutnya perjalanan ke rumah mangsa hanya mengambil 20 minit namun wanita itu mengambil masa 43 minit untuk sampai ke rumah disebabkan perbuatan Suleiman itu.
Sebaik tiba di rumah, mangsa memberitahu rakan serumahnya dan mereka menghubungi polis. Perbicaraan kes itu bersambung.
0 comments:
Post a Comment