Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, August 4, 2017

PENGUNJUNG USIK BERUANG LAPAR DITERKAM


Pengunjung usik beruang lapar diterkam


Petchabun - Tindakan seorang pengunjung zoo kuil yang mengusik seekor beruang lapar dengan makanan nyata membawa padah.

Laporan Dailymail mengatakan Naiphum Promratee, 36 mengusik beruang tersebut menggunakan mangkuk berisi nasi sebelum diterkam dan diheret masuk ke dalam kandang beruang.

Orang ramai terpaksa menyaksikan Naiphum digigit dan dicakar berulang kali sebelum beruang tersebut mengheret Naiphum ke dalam sebuah lagi sangkar.

Khuatir mangsa akan dimakan, beberapa pengunjung masuk ke dalam kandang dan cuba menarik perhatian beruang tersebut untuk menyelamatkan mangsa.

Sebuah rakaman yang tular menunjukkan Naiphum yang cedera parah diselamatkan oleh dua orang lelaki.

"Beruang tersebut adalah antara binatang yang dibela oleh sami di kuil tersebut. Mangsa mengunjungi zoo berkenaan bersama kawan dan mempermainkan beruang tersebut ketika kejadian," kata anggota kecemasan yang merawat mangsa, Bpae Permpoonsap.

Kata Bpae, mangsa bernasib baik kerana masih hidup dan kini dirawat atas kecederaannya.


0 comments:

share2