Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, August 6, 2017

[KUANTAN] AMBIL LANGKAH TINGKATKAN KUALITI SIASATAN


Ambil langkah tingkatkan kualiti siasatan


Polis Pahang akan mengambil beberapa langkah dalam meningkatkan kualiti siasatan terutamanya membabitkan siasatan jenayah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Senior Asisten Komisioner Othman Nanyan berkata, setakat ini kualiti tahap siasatan jenayah di negeri itu berada di tahap baik.

Menurutnya, antara langkah yang dijalankan untuk mempertingkatkan lagi kualiti tersebut menerusi latihan dalam perkhidmatan selain kesedaran anggota tentang tanggungjawab masing-masing.

“Ini untuk memastikan jenayah yang dilaporkan dapat ditangani secara profesional dan dapat membawa jenayah ke muka pengadilan.

“Untuk capai tahap ini, langkah pertama menerusi kualiti sumber manusia untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada orang ramai,” katanya di sini semalam.

Beliau berkata sedemikian kepada media sempena pelancaran sambutan Hari Hijau Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2017 Kontinjen Pahang bersama Pasukan Polis Marin Wilayah 3 di pekarangan Kompleks Logistik PDRM Alor Akar.

Dalam pada itu, Othman memberitahu, sepanjang tahun lalu, trend jenayah di negeri ini di tahap terkawal.

“Kita beri fokus kepada jenayah seperti pecah rumah, ragut kerana ia mampu beri kesan psikologi kepada orang awam selain meneruskan kesinambungan yang ada untuk capai tahap Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan,” katanya.


0 comments:

share2