Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, August 28, 2017

BARU 13 TAHUN TAPI DAH BERANI RACUN RAKAN SEKELAS




Baharu berusia 13 tahun, namun budak ini sanggup meracun rakan sekelasnya dengan ubat nyamuk kerana cemburu dengan markah periksaan mangsa yang lebih baik daripadanya.

Kejadian itu berlaku di sebuah sekolah di Mashya Pradesh, India. Budak itu mencampurkan ubat nyamuk bertoksid berkenaan ke dalam botol air minuman rakannya.

Mangsa kemudiannya muntah selepas minum air berkenaan dan dikejarkan ke hospital. Keadaannya dilaporkan stabil.





Manakala budak yang cuba meracun mangsa pula kemudiannya cuba membunuh diri dengan menggunakan kaedah sama kerana bimbang ditangkap. Dia kini dirawat di hospital.

“Kami sedang merawatnya. Dia dalam keadaan serius tapi stabil dan sedang dipantau,’’ kata doktor.

Sementara polis pula menjalankan siasatan selepas CCTV menunjukkan budak itu melakukan perbuatan berkenaan.

“Dalam rakaman CCTV yang diletakkan di dalam kelas, tertuduh telah dirakamkan mencampurkan ubat nyamuk berkenaan dalam botol minuman rakan sekelasnya dan menyembunyikan ubat nyamuk itu dalam beg pelajar lain,’’ kata polis.


0 comments:

share2