Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, August 6, 2017

AHLI MT UMNO BIDAS POLITIK ADU DOMBA DR. MAHATHIR


Hamzah Zainudin (lima dari kiri) bersama Ketua UMNO Bahagian Jempol,


Kuala Lumpur - Beberapa Ahli Majlis Ter­tinggi UMNO hari ini membidas politik adu domba yang cuba dilakukan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bagi menggugat hubungan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan timbalannya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Sehubungan itu mereka menasihatkan ahli-ahli UMNO supaya tidak terkeliru atau terpan­cing dengan mainan politik Dr. Mahathir yang mendakwa kononnya Ahmad Zahid bertemu de­ngan beliau bagi meminta restu untuk menjatuhkan Najib.

Di JEMPOL, Ahli Majlis Ter­tinggi UMNO, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, pertemuan Ahmad Zahid dengan Dr. Mahathir adalah atas permintaan bekas Perdana Menteri itu sendiri.

Katanya, Ahmad Zahid bersetuju dengan permintaan itu hanya semata-mata kerana ingin mengetahui apa sebenarnya yang dimahukan oleh Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tersebut.

“Sebagai pemimpin muda adalah tidak salah bagi beliau untuk pergi menemui orang lama. Saya kenal siapa Ahmad Zahid, saya kenal siapa Timbalan Perdana Menteri. Sebelum jumpa, beliau telah memaklumkan me­ngenai pertemuan itu kepada Perdana Menteri,” katanya ketika berucap merasmikan serentak Persida­ngan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Jempol di sini hari ini.

Di BALING, Dr. Mahathir dicabar melakukan sumpah laknat berhubung dakwaannya Ahmad Zahid cuba menjatuhkan Perdana Menteri.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, sumpah itu perlu ekoran Ahmad Zahid yang merupakan Timbalan Perdana Menteri, sudah menyatakan kesanggupannya untuk melakukan hal sama.

“Sumpah laknat ini penting bagi membuktikan kebenaran. Saya cabar Dr. Mahathir tampil untuk melakukan sumpah laknat kerana Ahmad Zahid sendiri menyatakan kesanggupannya untuk berbuat demikian di mana-mana masjid,” kata beliau dalam sidang akhbar selepas perasmian Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Baling.

Di PASIR SALAK, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menyifatkan tuduhan Dr. Mahathir adalah fitnah dan satu usaha untuk melaga-lagakan kepemimpinan UMNO.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak mendedahkan tahu perkara tersebut kerana pernah bertemu dengan bekas Perdana Menteri beberapa tahun lalu dan ketika itu Dr. Mahathir memberitahu niat mahu menjatuhkan Perdana Menteri.

“Kenyataan Dr. Mahathir dan Ahmad Zahid itu antara fitnah dan fakta. Apa yang dinyatakan Ahmad Zahid itu fakta, tetapi apa yang dituduh Dr. Mahathir pula hanya fitnah. Saya tahu sebab sebelum ini saya pernah berjumpa Dr. Mahathir dan itulah juga yang diucapkannya iaitu mahu menjatuhkan Datuk Seri Najib. Jadi amat jelas di sini siapa sebenarnya yang mahu jatuhkan siapa,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri majlis perasmian serentak Persida­ngan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Pasir Salak oleh Penolong Setiausaha Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Rosni Sohar.


0 comments:

share2