Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, July 25, 2017

YANG PERLU KITA TAHU TENTANG PROJEK PERKHIDMATAN AWAM ERA MAHATHIR & NAJIB




Kita faham keresahan regim Pembangkang yang cuba memperkecil-kecilkan kejayaan Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan BN Persekutuan melancarkan Fasa 2 Transit Aliran Massa (MRT).

Lebih-lebih lagi apabila timbul semula projek-projek pengangkutan awam yang terpaksa dibail-out semasa era Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri. Sistem Transit Aliran Ringan (STAR), Projek Usahasama Transit Ringan Automatik (PUTRA), Kuala Lumpur Monorail (KL Monorail) dan projek Bas Intra Kota terpaksa diambil alih oleh kerajaan ketika itu. Lebih daripada RM8.80 bilion telah digunakan untuk bail out dan ini belum lagi syarikat-syarikat lain yang turut perlu diselamatkan oleh kerajaan seperti MAS dan PROTON.

Najib Razak tidak pernah mendabik dada dengan mendakwa projek MRT adalah kerana usaha beliau seorang, tidak seperti kerajaan DAP negeri yang kerap kali dan berulang-ulang mendakwa negeri Pulau Pinang maju disebabkan oleh mereka. Dan hutang kerajaan DAP negeri yang menurun 90% tinggal RM69 juta bukan disebabkan oleh LGE atau CAT kerajaan DAP negeri tetapi sebenarnya telah berpindah kepada kerajaan BN persekutuan yang diuruskan Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB) melalui perjanjian penstrukturan semula aset air tahun 2011.

Dalam masa yang sama, puak pembangkang janganlah menafikan kejayaan kerajaan BN Persekutuan di bawah Najib Razak memperbaiki sistem pengangkutan awam di negara ini. Rakyat tidak bodoh kerana kita boleh melihat sendiri kejayaan projek-projek tersebut dan betapa pentingnya sistem tersebut untuk menampung keperluan rakyat.



Di antara projek pengangkutan rakyat yang telah siap dan sedang dirancang di bawah kerajaan Najib Razak ialah:

1. MRT
Pada 10 Jun 2010, Perdana Menteri Najib Razak telah mengumumkan projek Aliran Transit Massa (MRT) semasa pembentangan Rancangan Malaysia ke-10 di Parlimen sebagai sebahagian daripada Program Transformasi Nasional untuk membina sistem pengangkutan awam bersepadu di kawasan Greater Kuala Lumpur. Projek ini diluluskan Kerajaan pada Disember 2010. Pembinaan jajaran ini telah dilancarkan secara rasmi pada 8 Julai 2011 oleh Najib Razak.

a. Laluan Pertama Sungai Buloh - Kajang . Laluan sepanjang 51 km dan 31 stesen. Pembinaan dilancarkan oleh Najib Razak pada 8 Julai 2010.

i. Fasa pertama jajaran MRT Sungai Buloh-Kajang dari stesen Sungai Buloh hingga stesen Semantan, bermula operasi pada 16 Disember 2016.

ii. Fasa kedua dari stesen Semantan ke stesen Kajang mula beroperasi pada 17 Julai 2017

iii. Bas Pengantara MRT

b. Laluan Kedua dari Sg. Buloh – Serdang- Putrajaya (SSP). Laluan sepanjang 52.2km ini termasuk bahagian bawah tanah yang meliputi 13.5km antara Jalan Ipoh dan Kuchai Lama serta 38.7km jejambat. MRT Laluan 2 akan mempunyai 37 stesen. Perasmian projek pada 15 September 2016 dan dijangka mula operasi pada suku ke-2 tahun 2021.

c. Laluan laluan Ketiga dan terakhir bagi Projek MRT Lembah Klang adalah di peringkat perancangan dan pembangunan.

2. Perkhidmatan Tren Elektrik (Electric Train Service, ETS) dari Gemas-Kuala Lumpur-Padang Besar.
Projek melalui landasan berkembar KTM. Projek sepanjang 755 km untuk menggantikan kereta api lama yang digerakkan oleh diesel, dilancarkan pada 12 Ogos 2010 untuk KL-Ipoh. Perkhidmatan KL-Padang Besar bermula pada 11 Julai 2015 manakala KL-Gemas pada 10 Oktober 2015.

3. Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL)
Laluan kereta api baru yang menghubungkan negeri-negeri Pantai Timur ke kawasan Lembah Klang. Bermula daripada Terminal Pengangkutan Bersepadu (ITT) ke Wakaf Bharu, Kelantan yang mempunyai 23 stesen di sepanjang landasan sejauh 600.3 km. Fasa pertama melibatkan landasan Gombak-Selangor-Dungun, Terengganu yang bermula tahun 2017 dan dijangka siap pada 2020. Fasa kedua ialah Dungun-Tumpat, Kelantan dan dijangka siap sepenuhnya menjelang 2030.

4. Projek Keretapi Berkelajuan Tinggi antara Kuala Lumpur dan Singapura.
Keretapi berkelajuan 300 km/h (186 mph) dan dijangka dapat mengurangkan masa perjalanan antara kedua-dua bandar-bandar kepada 90 minit, berbanding dengan 5 jam melalui jalan raya atau 4 melalui udara (termasuk perjalanan ke dan dari lapangan terbang, mendaftar masuk dan prosedur lapangan terbang lain).

5. Sistem Transit Rapid (RTS) Malaysia - Singapura
Sistem RTS telah dipersetujui antara kerajaan Malaysia dan Singapura bagi menghubungkan bandaraya Johor Bahru dan Singapura. Buat masa ini, kedua-dua negara sedang giat menjalankan perbincangan dua hala bagi memuktamadkan ciri teknikal, operasi, keselamatan dan perancangan projek.

6. Projek Naik Taraf Landasan Berkembar Lembah Klang (KVDT)
Projek KVDT ini akan dioperasikan secara berperingkat bermula pada awal suku ketiga 2016, dan dijangka siap pada 2019. Projek ini meliputi kerja membaik pulih landasan dengan jarak 42km dari Rawang ke Salak Selatan dan Sentul ke Simpang Batu.

7. Transit Aliran Ringan 3 (LRT3)
Laluan LRT3 masih di dalam perancangan akan menghubungkan Bandar Utama dan Johan Setia, Klang. Jarak keseluruhan LRT3 adalah 36 kilometer dan akan merentasi 25 stesen sepanjang laluannya. Pembinaan LRT3 akan bermula pada 2016, setelah kelulusan daripada pelbagai pihak berkepentingan diperoleh. LRT3 dijangka akan siap pada tahun 2020.

8. Lebuhraya PAN Borneo Sarawak
Pada 18 Disember 2016, Najib Razak telah melancarkan 8 pakej Lebuhraya Pan Borneo Sarawak yang juga merupakan sebahagian daripada 11 pakej jajaran Lebuhraya Pan Borneo Sarawak. Lebuhraya ini adalah bebas tol. 8 pakej itu ialah

i. Sematan ke Jambatan Sungai Moyan sepanjang 95km

ii. Batang Skrang ke Jambatan Sungai Awik (68km)

iii. Jambatan Sungai Awik ke Persimpangan Bintangor (64km).

iv. Jambatan Sungai Kua ke Jambatan Sungai Arip (64km)

v. Jambatan Sungai Arip ke Persimpangan Bintulu (65km)

vi. Persimpangan Bakun ke Sungai Tangap (77 km)

vii. Persimpangan Sungai Tangap ke Pujut Link Road (80km).

viii. Persimpangan Pantu ke Batang Skrang (89km),

Keseluruhan pakej itu adalah sepanjang 1,089 km. Fasa pertama dijangka siap dalam tempoh lima tahun iaitu pada 2021.

Kesimpulannya, projek pengangkutan awam ini adalah suatu visi yang berterusan dan memerlukan pembaharuan serta penambahbaikan dari masa ke semasa. Manakala projek-projek yang sebelumnya telah dibail out patut dijadikan pengajaran untuk memastikan projek-projek yang telah dan sedang dirancang mencapai objektif yang sebenarnya.


0 comments:

share2