Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, July 19, 2017

NOTHING TO HIDE 2.0 HANYA MUSLIHAT TUN M


tun m, nazir



Shah Alam - Exco Pemuda Umno, Nazir Hussin Akhtar Hussin mendakwa program Nothing To Hide 2.0 adalah muslihat Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menunjukkan kehebatannya beretorik, sedangkan program berkenaan langsung tidak memberi apa-apa faedah dan membuang masa.

Menurutnya, isu-isu yang hendak dibangkitkan pada program berkenaan telah dijawab berkali-kali sama ada oleh perdana menteri sendiri ataupun pihak berkaitan, namun pembangkang masih bersifat prejudis.

“Jadi tidak guna berdebat kerana tidak akan mencapai apa-apa matlamat dan sia-sia. Penganjuran program oleh Armada pada Ogos depan itu juga tidak jelas kerana hanya mencari kesalahan pemimpin khususnya kepada perdana menteri selain tidak membantu menyelesaikan masalah rakyat.

“Adalah lebih baik sekiranya beliau (Mahathir) menggunakan program tersebut untuk menjawab dakwaan daripada Exco Armada, Muhammad Hafiz Azhar terutama mengenai kekayaan luar biasa anak-anak beliau dan juga skandal Nika Ghee oleh Presiden Bersatu sendiri, Tan Sri Muhyiddin Yassin,” katanya.

Beliau yang juga merupakan Ketua Pemuda Umno Bahagian Titiwangsa berkata, sehingga kini, Mahathir masih belum menjawab mengenai isu itu.

Katanya, paling penting pada program itu nanti, beliau (Mahathir) perlu menjelaskan kepada rakyat sama ada beliau masih kekal dan konsisten dengan kenyataannya bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah melakukan perbuatan di luar tabii seperti didakwanya pada 1998.

“Seperti yang pernah diminta oleh perdana menteri, selagi semua tuduhan sebelum ini tidak dijawab oleh Mahathir, rakyat jelata akan sangsi dan bahawa ini adalah hanya mainan dan sandiwara politik yang tiada keikhlasan,” katanya.

Terdahulu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menjelaskan segala tuduhan yang dihadapinya secara terbuka menerusi program Nothing to Hide 2.0.


0 comments:

share2