Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, July 18, 2017

KEMPEN 'JOM BINA SEMULA NEGARA', APA NIAT RAFIZI?


Datuk Mas Ermieyati Samsudin


Putrajaya - Puteri Umno mempersoalkan niat pembangkang melancarkan kempen ‘Jom Bina Semula Negara’ yang diterajui Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.

Ketua Puteri Umno, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, tindakan Rafizi akan memberikan tanggapan tidak baik tentang Malaysia di mata dunia.

“Apa maksud Rafizi dengan bina semula negara? Adakah negara ini sedang hancur? Adakah negara ini tidak membangun, tidak maju?

“Jika niat hendak menjatuhkan BN, okey. Tetapi jika menjejaskan nama baik negara, Rafizi perlu berhati-hati. Kempen ini hanya memberikan ketakutan kepada orang luar,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan berkata, tindakan itu mencemarkan nama baik Malaysia ketika kementerian sedang giat mempromosikan keunikan dan kepelbagaian yang wujud di negara ini ke mata dunia.

“Rafizi akan menggunakan apa sahaja untuk menyeleweng fakta sebenar termasuk isu cincin. Beliau juga seri kali memutar belitkan fakta dan mereka cerita. Terkini melalui kempen ‘Jom Bina Semula Negara,” katanya.


0 comments:

share2