Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, July 20, 2017

ISU RASUAH: DAP PERLU BERHENTI PERBODOH RAKYAT





Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dato' Sri Mohd Sharkar Shamsudin berkata, Dap perlu berhenti memanipulasi rakyat berkaitan keengganan kerajaan negeri Pulau Pinang menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dengan memberi alasan kononnya mereka sudah ada slogan CAT (Cekap, Amanah dan Telus).

Jelas beliau, rakyat bukannya begitu tidak bijak untuk membezakan ikrar dan slogan.

“CAT hanyalah slogan sedangkan IBR adalah satu akujanji yang menunjukkan komitmen dan kesungguhan untuk membenteras rasuah.

“Jika IBR yang begitu mudahpun tidak mampu untuk Dap tunjukkan kesungguhan, jadi berhentilah berangan untuk merampas tampuk pimpinan negara daripada Barisan Nasional (BN).

“Cukup-cukuplah bermain sandiwara putar-belit kerana belitan ular sawa Dap kini sudah tidak laku,” ujarnya kepada UMNO-Online.

Tambah Sharkar, sikap angkuh Dap ini sebenarnya adalah untuk melindungi parti mereka yang penuh kepura-puraan dan Dap juga tidak serius dalam menangani isu rasuah.

“Mereka hanya mahu jadikan isu rasuah sebagai modal politik sedangkan bila diminta memberi komitmen yang begitu mudahpun mereka gagal.

“Bukan sahaja gagal dalam menandatangani IBR malah sehingga kini mereka gagal untuk menyaman bekas Naib Pengerusi Dap, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang pernah mendedahkan bahawa punca beliau keluar Dap adalah kerana rasuah yang cukup teruk dalam parti itu.

“Jadi, sehingga kini tiada bukti yang menunjukkan bahawa Dap benar-benar serius dalam menangani isu rasuah. Apa yang mereka lakukan adalah retorik politik semata-mata,” ujarnya lagi.


0 comments:

share2