Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, July 19, 2017

HOSPITAL BERA SIAP AKHIR 2019


Hospital Bera siap akhir 2019


Pembinaan Hospital Bera yang terbengkalai sejak 2016 dijangka siap sepenuhnya pada penghujung tahun 2019.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subraniam berkata, proses pelantikan kontraktor baharu sedang dilakukan, dan kerja-kerja pembinaan akan diteruskan selepas menerima peruntukan tambahan sebanyak RM33 juta daripada Kementerian Kewangan.

"Projek ini sepatutnya siap pada 2015, dan keadaan ini merupakan satu perkara yang menyedihkan kerana melibatkan kepentingan rakyat.




"Pembinaan terbengkalai sekali lagi selepas dilanjutkan selama 690 hari menyebabkan kos asal RM88 juta telah meningkat kepada RM121 juta," katanya dalam sidang media selepas melawat kawasan pembinaan Hospital Bera, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-Tugas Khas negeri, Dato' Norol Azali Sulaiman.


0 comments:

share2