Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, June 7, 2017

TIADA PENGUNDI HANTU DI MALAYSIA


pengundi hantu


Shah Alam - Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah menegaskan, tidak wujud sama sekali pengundi hantu dalam sejarah pilihan raya di Malaysia seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Malah, dakwaan mengatakan timbulnya isu Gerrymander (mengubah persempadanan kawasan pilihan raya untuk kepentingan sesebuah parti) juga tidak benar.

"Setiap kali berlangsungnya pilihan raya, ramai orang terlalu sensitif terhadap pendatang asing sehingga menimbulkan pelbagai andaian dan salah faham.

"Ketika pilihan raya, orang dakwa nampak ada bas yang membawa ramai pendatang asing. Sebenarnya, setiap hari memang ada bas-bas yang membawa pendatang asing untuk pergi dan balik bekerja," katanya kepada Oriental Daily.

Menurutnya, semasa PRU lalu, kononnya ada 14,000 warga Bangladesh dibawa masuk ke Malaysia untuk memberi sokongan kepada BN, tetapi sehingga hari ini, SPR tidak menerima sebarang laporan mengenainya.

Mengenai isu Gerrymander, katanya, SPR sentiasa menjadi kritikan tidak kira bagaimana kawasan persempadanan diubah.

"Ketika senarai kawasan persempadanan baru diumumkan, bukan sahaja parti pembangkang tak puas hati, malah ada juga pemimpin Umno yang mempertikaikannya," katanya.

Kata Mohd Hashim, ahli-ahli politik tidak sepatutnya kata mereka menang pilihan raya kerana kekuatan sendiri, sebaliknya apabila kalah, mereka menyalahkan Gerrymander.

"Ketika Pulau Pinang dan Selangor jatuh kepada pembangkang, adakah mereka pernah puji SPR kerana mengubah persempadanan kawasan dengan baik?" soalnya.


0 comments:

share2