Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, June 20, 2017

SAMBUTAN MALAYSIA #QURANHOUR LUAR BIASA






Putrajaya - Alhamdulillah, sambutan sungguh luar biasa dengan penggabungan semua media di negara ini, ahli politik, kerajaan dan ahli masyarakat, demikian menurut Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUI), Datuk Hussamuddin Yaacub.

Beliau berkata demikian sejurus tamat program Malaysia #QuranHour yang diadakan secara serentak di seluruh negara semalam.

"Penyertaan untuk kali ini sungguh memberangsangkan. Di saat-saat akhir, ramai yang mendaftar sehingga hampir dua ribu hotspot program ini diadakan.

"Selain itu, dengan kehadiran Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, ia mengangkat program ini pada satu tahap yang tinggi," katanya kepada media dalam sidang media ringkas semalam.

Beliau berkata, penganjuran buat kali ketiga ini seakan sebagai isyarat untuk pihaknya lebih berusaha keras untuk mendekatkan masyarakat dengan al -Quran.

"Ia bukan semata-mata baca malah kami berharap setiap umat Islam dalam memahami setiap maksud di sebalik ayat sekaligus dapat menjadikan Malaysia #QuranHour suatu hari ini nanti.

"Ia juga secara tidak langsung akan menyatukan ummah sama seperti hasrat kami," ujarnya.

Beliau berkata, walau di mana ia diadakan, tetapi mesej utama penganjuran supaya setiap umat Islam dapat berinteraksi dengan al-Quran.

"Hari ini ada banyak hotspot diadakan program ini. Kami difahamkan di RTM, hampir seribu orang berkumpul dan berinteraksi drngan al-Quran.

"Ini sangat-sangat bagus dan menunjukkan sesiapa sahaja boleh membaca walau di mana pun berada," katanya.

Hussamuddin berkata, Malaysia #QuranHour sudah memberi mesej jelas agar setiap manusia perlu kembali kepada Islam dan al-Quran.

"Dengan apa yang berlaku pada hari ini, ia sebagai signal umat Islam perlu kembali mahami maksud setiap ayat dan amalkannya," katanya.


0 comments:

share2