Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, June 6, 2017

PENGANJUR BATAL HIMPUNAN JERUSALEM JUBILEE: POLIS


Polis


Melaka - Penganjur perhimpunan Jerusalem Jubilee telah membuat keputusan untuk membatalkan perhimpunan tersebut setelah berbincang dan mendapat nasihat daripada pihak polis.

Ketua Polis Negeri, Datuk Abd Jalil Hassan berkata pihaknya telah memanggil pihak penganjur dan hasil perbincangan, penganjur telah membuat keputusan sendiri untuk membatalkan perhimpunan itu yang dijadual di Cheng pada 15 hingga 18 Jun.

"Pihak polis telah memberikan nasihat sebaiknya kepada pihak penganjur dan kemudian penganjur membuat keputusan untuk membatalkan program tersebut," katanya ketika dihubungi semalam.

Abd Jalil berkata, berdasarkan laporan yang diterimanya sehingga kini, sebanyak 32 laporan polis telah dibuat sekitar negeri ini.

Sebelumnya, Kerajaan Negeri menerusi Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron hari ini menggesa penganjur perhimpunan Jerusalem Jubilee agar membatalkan hasrat untuk mengadakan perhimpunan tersebut.


0 comments:

share2