Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, June 13, 2017

NAK MENCURI TAPI TERTIDUR PULA


Nak mencuri tapi tertidur pula


Hubei - Seorang lelaki ditahan di tengah China selepas dia dijumpai tertidur di katil sebuah rumah yang dipecah masuknya.

Lelaki itu ditahan selepas pemilik rumah berkenaan yang juga seorang petani di Huanggang di Hubei pulang ke rumah berkenaan pada Rabu minggu lalu, lapor Chutian Metropolis Daily.

Suspek memberitahu polis, dia bukanlah pencuri sebaliknya hanya memasuki rumah yang pintunya terbuka untuk tidur kerana terlalu mengantuk ketika melalui di kawasan rumah itu.

Polis berkata, lelaki itu menceroboh masuk ke rumah berkenaan namun gagal menemui wang tunai atau barangan berharga.

Dia yang dalam kelaparan dan keletihan tiba-tiba berasa mengantuk dan tidur di rumah itu.

Lelaki yang namanya tidak didedahkan berkata, suspek meninggalkan rumah selepas bertengkar dengan keluarganya pada Februari dan berpindah dari satu daerah ke daerah yang lain, mencuri makanan dan barangan untuk terus hidup.

Sementara itu, keluarga pemilik berkata, suspek masih tidur ketika mereka tiba ke rumah itu.

Mereka menarik selimut dan mendapati lelaki itu berpakaian lengkap walaupun pakaiannya kotor.

Dia cuba melarikan diri, namun pemilik bertindak mengunci pintu dan memanggil jiran untuk bantuan.

Siasatan berhubung insiden berkenaan masih diteruskan, petik South China Morning Post.


0 comments:

share2