Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, June 22, 2017

[KUANTAN] MAJLIS LAFAZ IKRAR DAN MENANDATANGANI IKRAR BEBAS RASUAH KERAJAAN NEGERI PAHANG




Majlis Lafaz Ikrar Dan Menandatangan Ikrar Bebas Rasuah Kerajaan Negeri Pahang diadakan di Wisma Sri Pahang.

Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Adnan Yaakob yang mengetuai Majlis Lafaz Ikrar Dan Menandatangan Ikrar Bebas Rasuah Kerajaan Negeri Pahang berkata majlis diadakan dengan penuh penghayatan daripada kepimpinan kerajaan negeri Pahang.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Dzulkifli Ahmad kerana sudi hadir di Majlis itu.

Datuk Dzulkifli Ahmad menghargai Kerajaan Negeri Pahang memberi komitment dan kerjasama dalam usaha membersihkan negara dari gejala rasuah dan berharap menjelang tahun 2020, negara akan bebas sepenuhnya daripada gejala rasuah dan salahguna kuasa dan rakyat negara ini  berani untuk menolak sebarang gejala rasuah.


        

0 comments:

share2