Golongan yang tersisih daripada masyarakat tidak dilupakan
menjelang Hari Raya Aidil Fitri oleh NGO dan Jabatan Kerajaan Pahang.
EXCO Pembangunan Wanita Dan Keluarga Pahang, Dato’ Shahaniza
Shamsudin bersama NGO dan Jabatan Kebajikan Masyarakat hadir ke Pusat Pemulihan
bekas penagih dadah di Casa Femina untuk menyampaikan bantuan baju raya.
Sementara anak-anak mereka dibawa ke pasar raya untuk
membeli baju raya.
Dato’ Shahaniza berkata, golongan ini yang merasai tersisih
daripada masyarakat tidak harus di lupakan dan dipinggirkan kerana mereka juga
perlu diberi harapan untuk kembali bersama masyarakat.
Beliau mengalukan bantuan yang telah dihulurkan oleh NGO-NGO
di negeri Pahang dan berharap lebih ramai lagi golongan masyarakat tampil untuk
terus membantu golongan ini.
0 comments:
Post a Comment