Pages

Wednesday, June 21, 2017

[KUANTAN] GOLONGAN BEKAS PENAGIH DAN ANAK-ANAK TURUT MENERIMA BANTUAN RAYA NGO DAN EXCO PAHANG



Golongan yang tersisih daripada masyarakat tidak dilupakan menjelang Hari Raya Aidil Fitri oleh NGO dan Jabatan Kerajaan Pahang.

EXCO Pembangunan Wanita Dan Keluarga Pahang, Dato’ Shahaniza Shamsudin bersama NGO dan Jabatan Kebajikan Masyarakat hadir ke Pusat Pemulihan bekas penagih dadah di Casa Femina untuk menyampaikan bantuan baju raya.

Sementara anak-anak mereka dibawa ke pasar raya untuk membeli baju raya.

Dato’ Shahaniza berkata, golongan ini yang merasai tersisih daripada masyarakat tidak harus di lupakan dan dipinggirkan kerana mereka juga perlu diberi harapan untuk kembali bersama masyarakat.

Beliau mengalukan bantuan yang telah dihulurkan oleh NGO-NGO di negeri Pahang dan berharap lebih ramai lagi golongan masyarakat tampil untuk terus membantu golongan ini.

   
       

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor