Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, June 12, 2017

[KUANTAN] GANGGUAN BEKALAN AIR KHAMIS INI





Sebanyak 40,000 pemilik akaun di daerah ini akan mengalami gangguan bekalan air selama 15 jam, Khamis ini susulan kerja pembaikan sistem di Loji Rawatan Air Semambu. 

Pegawai Perhubungan Awam dan Komunikasi Korporat, Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP), Nurul Farhana Abdul Hamid, berkata gangguan bekalan itu akan bermula dari jam 8 pagi hingga 11 malam. 

Katanya, antara kawasan yang terbabit adalah di sebahagian Jalan Bukit Ubi, seluruh kawasan Jalan Lim Hoe Lek, Sekilau, Galing, Jalan Haji Ahmad, Air Putih, Setali, Jalan Tengku Muhamad, Alor Akar dan Tok Sira. 

"Selain itu, gangguan bekalan juga turut akan berlaku di Sri Kuantan, Kubang Buaya, Taman Selamat, Teluk Cempedak, Jalan Dato Abu Samah, Taman Gelora, Tanjung Api, Jalan Teluk Sisek, Padang Lalang, seluruh Kawasan Pelindung. 

"Turut terbabit kawasan Bukit Beserah, Kampung Bugis, Kampung Jeram, Taman Satelite, Seluruh Kawasan Bukit Goh, Bukit Kuantan, RTP Bukit Goh, sebahagian Tanjung Pasir dan kawasan sekitarnya," 

katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. Nurul Farhana berkata, pengguna dinasihatkan menyimpan bekalan air secukupnya bagi mengelak berdepan masalah ketika gangguan berlaku. Katanya, pengguna boleh menghubungi talian Pusat Khidmat Pelanggan (PULAPEL), di talian 09-5739999 untuk sebarang pertanyaan.

0 comments:

share2