Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, June 22, 2017

ISI MINYAK SAMBIL DERMA


Isi minyak sambil derma


Sempena musim perayaan, Shell Malaysia akan mendermakan satu sen (RM0.01) bagi setiap liter minyak yang diisi pada 22, 23 dan 24 Jun ini kepada lima pertubuhan kebajikan yang terpilih di seluruh negara.

Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd & Shell Timur Sdn Bhd, Shairan Huzani Husain berkata, misi Shell adalah untuk memperbaiki perjalanan hidup rakyat Malaysia.

“Kami ingin meninggalkan kesan positif terhadap komuniti terutamanya di kawasan yang kami beroperasi. Kami berpendapat perhatian segera perlu diberikan kepada kanak-kanak kurang bernasib baik.

“Oleh itu, kami ingin menyumbang kepada usaha program sedia ada dan berharap akan mendorong orang lain turut berbakti kepada masyarakat kurang bernasib baik,” katanya.

Antara pertubuhan kebajikan itu adalah Pertubuhan MyKasih (Kuala Lumpur & Sabah), BOLD Association for Children with Special Needs (Pulau Pinang), Pertubuhan Perkhidmatan Intervensi Awal (Johor Bahru), Kelab Balkis (Kelantan), dan Yayasan Kemajuan Insan Sarawak (Sarawak).

Setakat ini, Kempen Amal Raya Shell telah membantu lebih daripada 4,500 kanak-kanak kurang bernasib baik.

Dilancarkan sejak dua tahun, dana disalurkan kepada organisasi kebajikan kanak-kanak digunakan untuk bantu sedia program pendidikan tambahan, aktiviti ubah suai kemudahan dan pertingkatkan peralatan pejabat.


0 comments:

share2