Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, June 12, 2017

700 NASKAH AL-QURAN DIEDAR


700 naskhah al-Quran diedar


Seremban - Sebanyak 700 naskhah al-Quran diedarkan oleh Persatuan Kebajikan Isteri-Isteri Wakil Rakyat dan Pegawai-Pegawai Kanan Negeri Sembilan (Pekerti NS) di Masjid Imam Haji Kahar, Taman Bandar Ekar, Rantau, di sini, semalam.

Penyerahan tersebut dibuat pada program Tadarus al-Quran Dun Kawasan Rantau bersempena Program Tadarus dan Khatam al-Quran Perdana Peringkat Negeri Sembilan 2017/1438 Hijrah anjuran Pekerti NS.

Yang Dipertua Pekerti NS, Raja Datin Seri Datuk Salbiah Tengku Nujumudin berkata, 700 naskhah al-Quran yang disumbangkan khusus untuk peserta di Dun berkenaan merupakan sebahagian daripada lebihan kutipan wakaf diperoleh pada tahun lalu semasa mereka menjadi mutawalli.


Raja Salbiah (kiri) dan Mohamad (dua, kiri) menyampaikan al-Quran kepada penerima.


“Selepas habis program tadarus 2016 dan bulan Ramadan selesai, masih ada orang mewakafkan kepada akaun Pekerti NS khusus untuk program ini.

“Lebihan setakat Januari lalu mencapai RM402,000. Dengan jumlah tersebut, kita dapat menempah 20,000 naskhah al-Quran. Al-Quran itu yang kita bawa untuk diagihkan bagi 2017,” katanya.

Pada program berkenaan, beliau dan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan menyempurnakan penyerahan al-Quran kepada peserta.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan semua yang terlibat agar memanfaatkan al-Quran diterima sepenuhnya.

“Wakaf maknanya orang menderma dengan tujuan, di mana pahala orang yang membaca itu sampai kepada sesiapa mereka niatkan.


Hadirin sedang mengalunkan Asma’ al-Husna.

“Jadi, itu merupakan satu amanat kepada semua penerima al-Quran wakaf untuk memastikannya dibaca sehingga dikhatamkan.

“Bagi yang telah khatam, mungkin boleh sedekahkan al-Quran tersebut kepada orang lain supaya berterusan dibaca,” katanya.


0 comments:

share2