Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, May 9, 2017

UBER, GRABCAR BUKA PELUANG KEPADA PENGANGGUR


Uber GrabCar


Dengan pelancaran Uber dan Grab di Malaysia tidak lama dahulu, warga Malaysia kini boleh memanfaatkan kedua-dua platform tersebut untuk memperoleh pendapatan sampingan.

Hal ini telah menyebabkan orang ramai telah beralih arah kepada Grabcar atau Uber sebagai medium pengangkutan harian mereka terutamanya pada kawasan yang sukar untuk peroleh kemudahan awam jarak jauh seperti bas awam atau Keretapi Tanah Melayu.

Syarikat gergasi seperti uber dan grabcar ini telah membuka ruang kepada orang ramai diluar sana untuk memperoleh pendapatan tanpa terikat dengan waktu pejabat mahupun pihak atasan.

Pekerjaan ini telah memberi peluang kepada mereka terutamanya penganggur yang sedang menunggu kerja tetap mahupun yang golongan telah bekerja untuk dijadikan sebagai pekerjaan sampingan bagi menambah pendapatan bagi persediaan menghadapi situasi ekonomi yang tidak menentu ketika ini.

Pendapatan yang dijanjikan adalah lumayan mengikut komitmen perjalanan seseorang pemandu dan akan dibayar terus oleh pelanggan serta insentif sekurang-kurangnya RM300 bagi setiap 50 perjalanan.

Perkhidmatan ini memberi situasi menang-menang kepada kedua-dua pihak kerana pelanggan juga mempunyai kelebihan mereka tersendiri sekiranya mereka menggunakan perkhidmatan Uber atau Grabcar tersebut.

Pelanggan tidak akan menunggu lama ditengah panas mahupun perlu meredah hujan sekiranya mereka mahu menggunakan perkhidmatan pengangkutan, tetapi hanya perlu di rumah dan menempah pemandu Uber atau Grabcar melalui aplikasi yang boleh dimuat turun melalui Google Playstore.

Mereka juga boleh meninggalkan aduan dan komen terhadap layanan dan keadaan pemandu selepas turun malah berhak untuk memberi kadar bintang maksima sebanyak lima bintang kepada pemandu yang dinaiki sebagai tanda kepuashatian.

Selain itu, pelan promosi yang disediakan oleh Uber dan Grabcar ini adalah promosi yang memberi tawaran menarik kepada setiap penumpang, mereka hanya perlu membayar harga promosi kepada pemandu tetapi pemandu masih peroleh harga penuh dari pihak syarikat yang akan dimasukkan terus kedalam akaun pemandu yang berdaftar sehingga pendapatan kasar yang diperoleh sekurang-kurangnya RM1500 sebulan.

Dengan promosi yang disediakan serta kadar tambang yang tetap termasuk kadar tol bagi Uber, dan tidak termasuk tol bagi Grab, permintaan perkhidmatan ini sangat laku keras sehingga pemandu tidak lepas tangan untuk merebut peluang keemasan ini untuk menambah pendapatan mereka dalam bidang ini.

Rakyat Malaysia yang masih belum mempunyai pekerjaan tetap malah pekerja tetap yang mahu menambah pendapatan untuk keluarga dan diri sendiri, mereka boleh berdaftar kepada syarikat sah yang berkenaan bagi memulakan kerja baru dengan pengalaman yang baru selain itu diselitkan dengan niat untuk membantu orang ramai yang yang sesak dan perlukan perkhidmatan mereka diluar sana.

*Nurul Husna Mohd Ali, Universiti Sains Islam Malaysia


0 comments:

share2