Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, May 11, 2017

MEDIA CETAK VS MEDIA DIGITAL: MEMBANTU ATAU MEMBUNUH?


Media Cetak vs Media Digital: Membantu atau Membunuh?


Peranan media sebagai penyampai berita kepada masyarakat tidak dapat disangkal oleh mana-mana pihak lagi.

Di sana dan sini, seluruh masyarakat dapat melihat perkembangan media yang pada mulanya hanya ditulis di atas kertas, kini semakin meluas pada masa kini.

Semua pihak dapat menyaksikan pertumbuhan media dalam talian (online) yang begitu pantas, yang mana pemberitaannya jauh lebih cepat daripada media cetak hari ini.

Sinar Harian kali ini akan menampilkan Forum Sembang Siswa dengan tajuk "Media Cetak vs Media Digital: Membantu atau Membunuh?"

Bagi mengupas tajuk ini, Forum Sinar kali ini menampilkan tiga panel, iaitu:

1) Ketua Pengarang Sinar Harian, Norden Mohamed,

2) Pensyarah Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran, Ismail Hashim, dan

3) Ketua Kohart 13 Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial, Norazila Miskam.

Sementara itu, program ilmiah ini akan dikendalikan oleh Pensyarah Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial, Tuan Syed Lamsah Tuan Syed Chear sebagai moderator.

Lintas langsung ini juga boleh ditonton di www.sinar.tv dan www.sinarharian.com.my.

DiIkuti laporan langsung perbincangan ini:

11.34am -

Moderator: Akhbar jadi kayu ukur tahap intelektual pada masa dahulu, tapi kini dengan wujud internet.

Timbul persoalan, masyarakat kini terlalu bergantung pada media digital. Ia telah ubah gaya hidup masa kini.

Moderator: Apakah matlamat awal penerbitan Sinar Harian

Norden​: Tercetusnya akhbar ini apabila pihak karangkraf anggap sudah tiba masa cerita masyarakat didengari.

Moderator: Media cetak vs Media digital, kupasan semakin berbeza, boleh terangkan?

Ismail: Sejak dulu lagi media cetak sudah ada. Media cetak adalah berita yang ditulis menerusi cetakan dan disiar setiap hari.

11.45am -

Moderator: Sejarah, akhbar Melayu ada banyak, kesemua akhbar ini bersaing antara satu sama lain. apa istimewa Sinar Harian berbanding akhbar lain?

Norden: Sinar Harian umpama pohon, berita global, nasional umpama daun, cerita edisi pula dahan dan pokok.. cerita daerah, umpama bagai akar. Dengan semua ini tunjuk ia kukuh dan kuat.

Norden: Sinar Harian penurunan kurang sebab kita ada akar, sebab ada cerita daerah. ia berjaya memenangi hati masyarakat.

Moderator: Norazila boleh jelaskan bagaimana budaya membaca boleh diterapkan dalam kampus Unisel?



Norazila: Budaya membaca merupakan rutin harian. Boleh baca di mana-mana termasuk kafe, masjid, dalam tren, pusat beli belah.

Moderator: Bagaimana pula dengan budaya membaca akhbar atau majalah?

Norazila: Bahan bacaan tidak semestinya bahan yang diberi pensyarah semata-mata. Mahasiswa juga boleh membaca akhbar untuk mencari jawatan kosong.

Norazila: Mahasiswa boleh layari portal akhbar untuk mengetahui berita semasa dan bukan hanya layari Twitter dan Facebook semata-mata.

Moderator: Adakah benar media elektronik bunuh akhbar?

Norden: Akbar dibunuh media elektronik tapi akhbar degil dan mati. Secara logik, kajian dibuat kalau lihat kesihatan mata baca paper atau screen, mana lebih sihat?

Norden: Mana lebih menjiwai? baca print atau elektronik? bukankah print lebih dijiwai?

12.00pm -

Moderator: Bagaimana bidang media boleh dikaitkan dalam bidang akademik?

Ismail: Bila datang teknologi baharu, kesan negatif pasti ada. Internet membawa budaya sesebuah masyarakat.

Ismail: Misalnya, dengan internet, budaya keterbukaan barat turut dibawa dan ditonjolkan menerusi internet. Dalam internet tidak ada hanya yang baik atau buruk. (Kesan internet) Semuanya datang serentak.

Moderator: Industri penerbitan menyalahkan versi digital bunuh cetak, bagaimana Sinar Harian seimbang antara keraguan masyarakat tentang ketelusan berita?

Norden: Sinar Harian adalah milik individu berbanding akhbar lain yang dimiliki oleh parti politik.

Norden: Sinar Harian semua orang punya, kita cuba seimbangkan antara digital dan cetak.

Moderator: Media digital ni membantu atau membunuh? adakah rasa terpanggil untuk menulis untuk menggalakkan masyakat berfikir?

Ismail: Bagi saya, media memang bias. Semua akhbar ada biasnya tersendiri. Tapi Sinar ada kedekatan geografi di mana Sinar melaporkan berita-berita tempatan yang tidak dilaporkan oleh media lain.




12.30pm -

Moderator: Bagaimana cara untuk hadapi kegilaan remaja suka selfie dan salah guna smartphone

Norazila: Ada beberapa cara kurang ketagihan ini. Hadkan 3-4 jam guna gajet dan cuba komunikasi dengan masyarakat.

Moderator: Bagaimana harapan, prospek media cetak dan digital untuk masa hadapan?

Norden: Apabila akhbar merudum, apakah kita perlu meratap? Tidak semestinya persepsi itu realiti. Yang nampak kurang kerana sebab tidak minat, orang memang tidak beli.

12.50pm -

Moderator: Bidang yang diambil tiada kaitan untuk jadi wartawan, apa kelayakan untuk jadi wartawan?

Norden: Yang penting kena minat, jika ada minat akan mula mendekati. bila ada minat, kita akan asuh. kerana yang penting penulisan. Penulis yang baik adalah fokus terhadap penulisan untuk tarik pembaca.

Forum Sembang Siswa tamat pada jam2pm selepas selesai sesi soal jawab dengan hadirin.


0 comments:

share2