Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, May 3, 2017

[BERA] PEMBINAAN JAMBATAN KAMPUNG GUAI TAMATKAN PENANTIAN PENDUDUK




Penduduk di sekitar Bera terutama di Guai hari ini menarik nafas lega kerana sebuah jambatan dari Kanpung Guai merentasi Sg Pahang sejauh 770 meter ke Kampung Seberang Guai akan dibina.

Projek yang menelan belanja RM 98.5 juta ringgit tersebut akan memakan masa 30 bulan untuk disiapkan dan dijangka dapat digunakan menjelang Januari 2020.




Dengan terbinanya jambatan tersebut,perjalanan dari Kg Guai ke Kg Guai Seberang yang sebelum ini memakan masa sejam setengah akan dipendekkan perjalanan yang akan cuma mengambil masa dua puluh minit.


Bersempena dengan lawatan kerja YAB DSDR MB Pahang Adnan Hj Yaakob ke daerah Bera sebelum Mesyuarat Kerajaan Negeri disini,satu taklimat telah diberikan kepada beliau oleh pegawai dari Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah.

Selesai taklimat pembinaan jambatan oleh KKLW,YAB DSDR MB Pahang Adnan Hj Yaakob telah memberikan bantuan kepada 72 orang penduduk di Masjid Kg Guai Bera .


Abadi Romeo

0 comments:

share2