Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, April 3, 2017

[KUANTAN] SIDANG AKHBAR MB DI PERSIDANGAN TADBIR URUS KORPORAT DAN INTERGRITI




Kuantan, 3.4.2017 - YAB Menteri Besar Pahang dalam satu sidang akhbar sejurus selepas selesai memberi ucaptama dalam Persidangan Tadbir Urus Koperat dan Intergriti 'FGIC Conference On Governance And Intergrity, 2017' di Kompleks Yayasan Pahang menyatakan puashati secara keleluruhannya tadbir urus yang dijalankan.

Menurut MB lagi, beliau selalu mengingatkan Jawatankuasa Tender agar membuat pilihan yang adil dan saksama. Menjawat soalan wartawan, beliau menyatakan amalan ini dilakukan sejak beliau jadi mula Menteri Besar lagi.

Hadir sama YB Senator Datuk Paul Low Seng Kuan, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri dan beliau menyatakan bahawa kepimpinan di Pahang sangat komited kepada intergriti dan yang perlu dilakukan adalah mempraktiskan ini diperingkat pihak berkuasa tempatan.

YAB Menteri Besar menyifatkan langkah yang dilakukan oleh YB Datuk Paul ini adalah langkah yang baik kerana Jabatan-jabatan di peringkat Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah adalah lebih rapat dengan masyarakat.

FGIC Conference On Governance And Intergrity, 2017' berlangsung selama 2 hari dari 3 - 4 April 2017 dan bertempat di Dewan Utama, Kompleks Yayasan Pahang dan dirasmikan oleh YB Senator Datuk Paul Low Seng Kuan.

Pada hari pertama terdapat 3 forum yang membincangkan tajuk-tajuk seperti; Bagaimana untuk melonjakkan badan-badan berkanun kerajaan; Inisiatif mengalakkan tadbir urus korporat dan intergriti dan autonomi dan tadbir urus korporat di Institusi Pengajian Tinggi.

Manakala di hari keduanya pula, ahli-ahli korporat dan para akademik akan membahaskan 40 kertas kerja yang berkaitan dengan tadbir urus korporat dan intergriti hasil kajian pembentang yang dapat membawa kertas cadangan untuk memperbaiki isu urus tadbir korporat dan intergriti di masa hadapan.

Konferen ini telah berjaya menarik peserta-peserta dari seluruh negara dan juga dari luar negara. Konferen ini diharapkan akan menjadi pemangkin dalam usaha kecil UMP (Universiti Malaysia Pahang) dan Yayasan Pahang untuk membina nilai amanah dan intergriti dan adalah menjadi matlamat untuk memberikan garis panduan dan usaha untuk membina satu masyarakat yang bersatu, harmoni, bermoral dan beretika.





0 comments:

share2