Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, April 12, 2017

[KUANTAN] LANCAR KEMPEN HENTI JENAYAH SEKSUAL KANAK-KANAK


Lancar kempen henti jenayah seksual kanak-kanak


Bagi memberikan kesedaran kepada umum, Pahang melancarkan kempen Kesedaran Hentikan Jenayah Seksual Kanak-Kanak peringkat negeri dalam usaha mendapatkan komitmen daripada semua pihak yang berkepentingan untuk menangani dan menghentikan isu jenayah seksual di kalangan kanak-kanak.

Kempen selama sembilan hari yang bermula di Dataran Setia, Wisma Sri Pahang, di sini, turut menyasarkan masyarakat setempat untuk meningkatkan kesedaran mengenai jenayah seksual kanak-kanak.

Isteri Menteri Besar, Datin Seri Junaini Kassim yang juga Pengerusi Persatuan Isteri-isteri Wakil Rakyat (Teratai) berkata, kempen itu diharap membantu mereka yang pernah menjadi mangsa atau di kalangan masyarakat yang mengetahui kes terbabit supaya lebih berani tampil memberikan maklumat.

"Kempen ini juga tidak hanya diadakan di lokasi tertentu saja kerana ia lebih kepada kawasan tumpuan ramai seperti pusat beli belah dan pasar awam dan pasar pagi.

"Kempen ini mendapat kerjasama daripada Jabatan Perpaduan negara dan Integrasi Nasional Negeri Pahang, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan pembangunan Wanita Pahang, Majlis Perbandaran Kuantan (MPK),” katanya pada sidang media sempena pelancaran kempen itu, hari ini.

Junaini berkata, satu portal Pahang Cakna yang dikhaskan untuk mangsa dan keluarga mangsa yang terbabit dengan jenayah seksual itu mengemukakan aduan berkenaan.

Beliau berkata, kewujudan portal itu dapat mempercepatkan maklum balas daripada pihak berkaitan untuk diambil tindakan.

"Oleh itu, kita meminta masyarakat di negeri ini bersama memberikan sokongan termasuk menurunkan tandatangan sebagai tanda sokongan.

“Kita juga mengalu-alukan pihak yang mempunyai pengalaman sedemikian supaya berkongsi agar ia menjadi iktibar kepada semua,”katanya.

Kempen itu turut mendapat sokongan Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob yang akan merasmikan Seminar Hentikan Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak peringkat negeri di Dewan Jubli Perak, Sultan Ahmad Shah pada 22 April ini.


0 comments:

share2