Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, April 15, 2017

[KUANTAN] ISTIADAT PEMBUKAAN PENGGAL KE 5 DUN PAHANG KE13





KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku  Abdullah Sultan Ahmad Shah  berkenan menyempurnakan Istiadat Pembukaan Ke 5 Dewan Undangan Negeri Pahang Ke 13 di Wisma Pahang.

Dalam titah ucapan baginda mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Pahang pimpinan Dato' Sri Diraja Adnan Yaakob meneruskan agenda pembangunan Rancangan Malaysia Ke 11 di Pahang.

Projek berharga RM 2.4 bilion merupakan  141 projek baru sementara 190 adalah projek sambungan untuk tahun 2017.

Baginda berharap sektor pertanian terus berkembang maju. Sehingga kini 18 peratus  nilai pengeluaran susu segar 2016 negara adalah dari Pahang. Baginda ingin  melihat Pahang terus keluarkan makanan untuk keperluan negara demi sekuriti negara yang kini mengimport makanan untuk rakyat.

Baginda bersyukur  nilai pelaburan Pahang meningkat kepada RM 5.2 bilion pada tahun lalu berbanding RM3.9 bilion pada 2015.

“Bagi memenuhi keperluan perumahan rakyat, syabas kepada MB Pahang yang mewujudkan program rumah mampu milik iaitu Rumah Makmur dan Rumah Prima Pahang. Sehingga kini kerajaan telah pun meluluskan sebanyak 102 Projek Prima Pahang dengan 37,000 unit rumah.”

“Manakala bagi Rumah Makmur yang mensasarkan golongan berpendapatan kurang dari RM 5,000.00 dan ke bawah sebanyak 5 projek telah diluluskan melibatkan lebih kurang 1,900 unit rumah.”  Titah Pemangku Raja Pahang.

Baginda juga mengingatkan dalam melaksanakan program pembangunan kerajaan negeri harus ambil kira pemuliharaan alam sekitar. Kawasan risiko tinggi seperti tanah tinggi dan punca air harus diambil kira kerana ia bakal diwarisi generasi akan datang, titah baginda lagi.


         

0 comments:

share2