Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, April 19, 2017

[KUANTAN] BASIKAL HADIAH HARIJADI MB






Ketika Sidang Dewan Undangan Negeri Pahang berhenti rehat pagi semalam (18.4.2017) YAB Menteri Besar Pahang DSDR Hj. Adnan Yaakob menerima hadiah-hadiah berupa beberapa kek hadijadi termasuk dari PahangKu Media sendiri. Ianya adalah acara spontan menyambut hadijadi YAB Menteri Besar Pahang yang Ke-67 tahun. Yayasan Pahang menghadiahkan sebuah basikal 'NordickTrack' berwarna biru.

Sebelum itu didalam Sidang Dewan, beberapa wakil rakyat termasuk wakil rakayat pembangkang yang berkesempatan berucap turut mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada beliau. YAB Menteri Besar menjawab bahawa beliau secara peribadi tidak pernah menganjurkan majlis sambutan hari lahirnya sendiri.

Selepas memotong kek-kek yang dihadiahkan sempena harilahir beliau, MB Pahang menguji dan mengayuh basikal yang dihadiahkan itu disekitar kawasan Wisma Sri Pahang. Ketika waktu rehat tengahari beliau mengayuh basikal berkenaan ke rumahnya yang terletak kira-kira 4KM dari dewan.

Gambar-gambar MB Pahang menaiki basikal itu tersebar luas dengan pantas di media-media sosial dan media baru termasuk beberapa portal pembangkang yang mengecam dan menyindir aksi berkenaan.

Hakikatnya, segala perlakuan itu adalah perlakuan spontan dan isu adanya polis pengiring memang tidak dapat dinafikan kerana kedudukannya sebagai ketua kerajaan negeri. Ada juga pihak yang membuat kenyataan kononnya berlaku kesesakan jalan raya akibat dari MB Pahang mengayuh basikal berkenaan.

Sebenarnya, untuk tiba di rumah beliau dari Wisma Sri Pahang, YAB Menteri Besar terpaksa melalui 3 lampu isyarat dan persimpangan yang sangat sibuk iaitu simpang ke Tg. Lumpur. Kesesakan berkenaan adalah kesesakan biasa yang diakibatkan oleh lampu isyarat jalan raya dikawasan berkenaan.




0 comments:

share2