Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, April 16, 2017

10 RUMAH TERJEJAS AKIBAT RIBUT


10 rumah terjejas akibat ribut


Teluk Intan – Kejadian ribut mengakibatkan kira-kira 10 rumah penduduk di Changkat Jong dan Sungai Manik di sini, kelmarin rosak teruk terutama pada bahagian bumbung akibat diterbangkan angin kencang.

Kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu menyebabkan penduduk mengalami kerugian apabila barang di rumah mereka rosak namun tiada kecederaan dilaporkan.

Jurucakap Sekretariat Jabatan Pengurusan Bencana Daerah Hilir Perak berkata, kejadian itu melibatkan Kampung Head Work, Kampung Selabak, Kampung Bahagia dan Taman Intan Nova.

“Kita turut menerima laporan beberapa batang pokok tumbang yang menghalang laluan jalan raya dan mengakibatkan kesesakan.

“Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Hilir Perak bersama APM Bagan Datuk dan Batang Padang serta agensi lain seperti bomba, PDRM, Tenaga Nasional Berhad (TNB) menjalankan kerja-kerja menebang dan mengalihkan pokok tumbang,” katanya.

Menurutnya, operasi diteruskan dengan melakukan pembersihan dan pemantauan dari semasa ke semasa bagi membolehkan bantuan kecemasan dijalankan.


0 comments:

share2