Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, March 5, 2017

WUJUDKAN ROH AL-QURAN DI RUMAH


Wujudkan roh al-Quran di rumah


Shah Alam - Pendakwah, Ustaz Tarmizi Ali menyarankan kepada ibu bapa di luar sana supaya mewujudkan suasana cintakan al-Quran dalam rumah tangga.

"Hari ini kita tidak dapat nafikan, cabaran membesarkan anak sangat besar dan mencabar. Kemunculan pelbagai rancangan hiburan serta dunia gajet tanpa sempadan sangat membimbangkan.

"Inilah perlunya diri anak-anak itu dibentengi dengan ilmu dan roh al-Quran Agar mereka tidak mudah terpengaruh dengan anasir-anasir yg tidak sihat," ulas beliau dalam program Tanyalah Ustaz TV9, menerusi tajuk al-Quran manual hidup di pekarangan Kumpulan Media Karangkraf, bersempena Karnival Kumpulan Media Karangkraf 2017, malam tadi.

Menurut beliau lagi, ibu bapa perlu terlebih dahulu memahami dan mentadabbur al-Quran dengan baik supaya ilmu itu dapat dirasai dan dipraktikkan bersama.

Program Tanyalah Ustaz ini mendapat kerjasama daripada Rehal, Sinar Harian dan Rumah Ngaji #QuranHour 2017.

Dalam majlis yang sama, pendakwah, Ustaz Nik Kamaruddin Yunoh, turut menjelaskan gajet juga boleh dimanfaatkan sebaik mungkin jika kena dengan caranya.

Gajet boleh dijadikan medium untuk belajar dan mengaji al-Quran.


0 comments:

share2