Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, March 7, 2017

SNEK IRAS 'HARAMBE' DIJUAL PADA HARGA RM444 RIBU!




WOW… Siapa menyangka snek makanan ringan berbentuk seakan-akan gorila ini mampu memberikan pulangan yang cukup lumayan.

Kepingan keropok berbentuk gorila menyerupai Harambe, gorila popular yang dibunuh di Zoo Cincinnati, Ohio, Amerika Syarikat tahun lalu itu mendapat sambutan hangat menerusi laman jual beli atas talian, eBay.

Ianya berjaya dijual pada harga US$99,000 (RM444,000).

Snek jenama Hot Cheeto itu dikatakan mempunyai bentuk sama seperti dalam gambar popular Harambe sedang berpaut di sebatang pokok.

Iklan yang dimuat naik pada Januari lalu oleh pengguna eBay, Valuestampsinc pada mulanya meletakkan harga lelong minimum sebanyak US$11.99 (RM53).

Harga lelongan kemudian meningkat kepada RM444,000 dan memetik CNBC.Com, eBay telah mengesahkan bahawa lelongan itu sah namun tidak memberikan sebarang informasi lanjut mengenai pembelinya.


0 comments:

share2