Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, March 10, 2017

SELEPAS NAFI, MUNCUL PULA VIDEO KEDUA ZAIRIL MENARI


Selepas Nafi, Muncul Pula Video Kedua Menari Zairil


Belum reda dengan penyebaran video pertama yang dikaitkan dengan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari, muncul pula video kedua yang memaparkan aksi menari dengan ghairah dipercayai wakil rakyat itu dengan seorang wanita.

Video berdurasi 11 saat itu jelas memaparkan wajah lelaki itu yang kelihatan seiras dengan Zairil.

Wajah wanita itu pula mirip dengan seorang bekas calon DAP pada pilihan raya kecil Teluk Intan, tiga tahun lalu.

Kedua-dua mereka kelihatan intim berpelukan dan menari sambil menghayati lagu di dalam sebuah kelab malam.

Sebelum ini, timbul video bahagian pertama di mana Zairil menafikan individu di dalam video berkenaan adalah dirinya dan menganggap ia adalah tuduhan karut.

Jelas Zairil, kisah mengenainya tidak pernah berhenti dan setiap hari pasti ada sahaja ‘gosip’ mengenai dirinya.

‘Gosip’ mengenai Zairil ini bukan pertama kali dilaporkan kerana pada Oktober 2014, Ahli Parlimen itu pernah dikaitkan dengan Setiausaha Politik Lim Kit Siang, Dyana Sofya Mohd Daud selepas gambar bercium dan berpeluk mereka tersebar di media sosial.

Bagaimanapun, kedua-dua individu berkenaan menafikan gambar berkenaan ada kaitan dengan mereka.

0 comments:

share2