Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, March 18, 2017

PUSAT KETUM WARGA ASING KENA SERBU


ketum


Kangar - Empat warga Thai dan dua penduduk tempatan yang positif dadah serta seorang tauke ketum diberkas oleh pihak berkuasa dalam operasi bersepadu di Wang Kelian dan Pos Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) Padang Besar, semalam.

Pengarah Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK) Perlis, Azizah Ahmad berkata, kesemua lelaki itu berumur di antara 20 hingga 50 tahun.

Semasa operasi ke atas sebuah rumah di Taman Wang Kelian yang dijadikan pangkalan mendapatkan bekalan ketum, 11 warga Thailand yang bekerja sebagai pemandu motor tambang berada di rumah itu dan empat daripada mereka positif syabu.

Pemilik rumah tersebut yang merupakan tauke ketum bagaimanapun negatif dadah setelah menjalani ujian air kencing, turut ditahan," kata Azizah dalam kenyataan media di sini, hari ini. 

Menurutnya operasi itu yang dianggotai AADK, Agensi Kawalan Sempadan (AKSEM), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Pengangkutan Jalan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Perlis merampas 68 bungkus air ketum dan lima kilogram daum ketum.

Bagaimanapun, tiada tangkapan dibuat di Pos AKSEM Padang Besar, kata Azizah yang menasihatkan masyarakat agar bekerjasama dengan pihak berkuasa dengan menyalurkan maklumat bagi menangani gejala tidak sihat ini.


0 comments:

share2