Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, March 11, 2017

POLIS SAHKAN KIM CHOI ADALAH JONG NAM

Kim Jong-nam



KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan warga Korea Utara Kim Chol yang dibunuh di negara ini 13 Februari lepas sebenarnya adalah Kim Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara Kim Jong-un.

Bagaimanapun, beliau enggan menyatakan cara pengesahan identiti muktamad mayat itu dibuat demi keselamatan saksi-saksi.

"Saya tidak akan beri penjelasan lanjut macam mana caranya (sahkan identiti Jong-nam), demi keselamatan saksi-saksi, saya tidak akan beri apa-apa penjelasan, jadi kini kami telah selesai (jalankan penyiasatan) ke atas di mati," katanya. 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penutupan projek perintis balai polis moden di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail di sini, hari ini.

Polis menyerahkan mayat Jong-nam kepada Kementerian Kesihatan untuk urusan seterusnya kerana tidak ada waris yang menuntutnya setakat ini. 


Sumber


0 comments:

share2