Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, March 8, 2017

PBB BANTU BAWA KELUAR DUA PETUGAS MALAYSIA


pbb


Kuala Lumpur - Ibu Pejabat Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) akan membantu melicinkan proses membawa keluar dua petugas mereka yang merupakan rakyat Malaysia di Korea Utara.

Sumber PBB memberitahu Bernama, pihaknya di New York telah menghubungi kedua-dua wanita rakyat Malaysia dalam lingkungan umur 30-an itu sebaik sahaja notis sekatan keluar oleh Pyongyang dilaporkan media antarabangsa.

"Kedua-dua mereka berada dalam keadaan selamat. Mereka bukan staf atau pegawai Kedutaan Malaysia.

"Mereka adalah staf kami (PBB) yang dihantar ke Korea Utara untuk menjalani kursus berkaitan Program Makanan Sedunia (WFP)," katanya.

Beliau berkata PBB akan menghantar wakil bagi melicinkan proses membawa keluar kedua-dua wanita tersebut dalam masa terdekat.

Dua wanita itu adalah antara 11 rakyat Malaysia yang berada di Korea Utara pada ketika ini selain tiga kakitangan kedutaan dan enam anggota keluarga kakitangan kedutaan.

Media rasmi Korea Utara, KCNA hari ini melaporkan tindakan Pyongyang menghalang semua rakyat Malaysia dari meninggalkan Korea Utara selagi pembunuhan Kim Jong-nam di Kuala Lumpur tidak diselesaikan dengan baik.


0 comments:

share2