Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, March 14, 2017

MUADZAM SHAH: HAB TENUSU NEGARA AKAN BERPUSAT DI MUADZAM SHAH



MUADZAM SHAH: Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengumumkan penubuhan Lembaga Tenusu Negara mulai awal tahun depan bagi merancang dan memacu pembangunan industri tenusu negara.

“Ia adalah projek nasional, dan akan berpusat di Muadzam Shah yang akan dikenali sebagai Lembah Tenusu Negara meliputi kawasan dari Segamat, Pekan, Muadzam Shah hingga ke Pancing di Kuantan”

“Projek nasional ini adalah usaha meningkatkan minuman susu segar masyarakat negara ini yang berada sekitar 20 liter per kapita kepada 50 liter menjelang tahun 2050.” kata Perdana Menteri.

Projek Lembu Tenusu, kata beliau akan melahirkan industry sampingan seperti tanaman rumput 'Napiar' kepada penduduk kampung, dan mungkin petani kecil akan diberikan sehingga 30 ekor lembu sebagai permulaan yang akan memberi pulangan pendapat antara RM3 ribu hingga RM5 ribu.

Menurut Perdana Menteri lagi, pada masa ini sudah ada pengedar susu segar tempatan yang boleh memperolehi pendapatan sehingga lebih RM10 ribu sebulan.

Datuk Seri Najib berkata demikian di sidang media ketika lawatan kerja di Pusat Penyelidikan dan Inovasi Lembu Muadzam Shah (MSCRIC) yang dikendali Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC).

Sempena lawatan itu, beliau merasmikan pembinaan kilang pemprosesan susu segar yang dapat mengeluarkan 10 juta liter susu setahun apabila beroperasi akhir tahun ini.

Menteri Besar Pahang Dato’ Sri Diraja Adnan Yaakob turut sama dalam lawatan itu.


          

0 comments:

share2