Seramai 20 penduduk Kampung Sungai Jerik di sini, berkumpul dan bertemu Adun Kuala Sentul, Datuk Shahaniza Shamsuddin berhubung penganugerahan tanah oleh kerajaan Negeri Pahang di kampung tersebut, petang semalam.
Dalam perjumpaan itu, wakil penduduk, Pang Yun Seng, 50, menuntut penjelasan berkenaan cara pemilihan penama yang dipilih untuk penganugerahan itu.
"Kami mewakili peserta yang tidak terpilih. Antara kami ini ada dalam kalangan yang memang amat memerlukan rumah kerana rumah yang diduduki sekarang ada yang selalu ditimpa banjir, usang dan tinggal dengan keluarga. Kami amat harapkan tanah tersebut tetapi malangnya tidak terpilih.
"Sebelum ini kami sudah berjumpa Ketua Kampung tuntuk penjelasan dan dia suruh kami pergi jumpa Adun Sentul, Dato' Shahaniza Shamsuddin Sebab itu kami mahu jumpa datuk.
"Dalam hal ini, terdapat beberapa perkara yang kami tidak puas hati antaranya selepas melihat senarai penerima yang terpilih mendapat surat tawaran tanah," katanya kepada pemberita di Rumah Rakyat Felda Jengka 3, semalam.
Menurutnya, perjumpaan tersebut telah membuka mata dan memberikan kefahaman kepada mereka mengenai pemilihan penama tanah tersebut.
Beliau berkata, susulan perjumpaan ini mereka akan membuat permohonan secara individu dan berhubung dengan pejabat Adun untuk meklumat lanjut berkenaan permohonan tanah.
"Sekarang kita sudah faham. Kita tidak salahkan Adun. Selepas ini kita akan cuba buat permohonan secara individu. Sekarang sudah kenal dan tahu pejabat Adun. Tak semestinya kami perlu melalui Jawatankuasa Kampunh Baru (JKKB).
"Kita tak salahkan Dato' Shahaniza. Kita faham Dato' tidak kenal siapa penerima ini. Orang yang jalankan perkara ini tidak adili kami dengan baik. Ada keluarga yang sama dapat dua tanah. Ada yang dulu pernah dapat dan jual. Sebab itu orang kampung tak puas hati. Orang yang betul-betul miskin, nak rumah.
"Kami juga sudah sampaikan hajat kami supaya Dato' Shahaniza mempertimbangkan permohonan orang-orang kampung yang benar-benar layak dapat," katanya.
0 comments:
Post a Comment