Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, March 15, 2017

[MARAN] DERITA KESUSAHAN AWIE DAPAT PERHATIAN


Derita kesusahan Awie dapat perhatian


Penderitaan dan kesusahan Sabri Abd Rahman yang menetap di rumah peninggalan orang tuanya yang hampir roboh akibat banjir di Kampung Pesagi di sini, telah dilanjutkan kepada wakil rakyat setempat.

Adun Chenor, Dato' Ismail Awang Ariffin yang kini berada di Mekah turut memberi respons segera kepada Sinar Harian dengan mendapatkan maklumat kediaman Sabri atau Awie.

Sementara itu, Ahli Parlimen Maran, Dato' Sri Ismail Abd Muttalib juga memaklumkan akan mengambil perhatian dan menyiasat segera keperluan Awie.

"Ini sepatutnya tidak terjadi. Setiap tahun saya sediakan peruntukan membaiki rumah bukan sahaja di landa banjir tetapi pembaikan biasa. Saya akan siasat dan buat susulan segera," katanya ketika dihubungi pemberita, semalam.


0 comments:

share2